Orang Cuti, Saya Sekolah



Assalamualaikum everyone! Mid-year exam dah lepas, fuuhh fuh lega. Frankly, saya tak boleh lega sangat sebab SPM belum habis lagi aip. Oh well tapi sekarang CUTI, hihi. CUUUUU - TEEEE, yes that's how you say it bebeh. Dan maaf kerana tersangat jarang update blog, saya sangat busy. Maklumlah pilihan raya nak dekat dah, he he he.

Pernah tak? Korang tengah study dalam bilik dengan tekun lagi rajin eceh, sambil buku menimbukan diri di atas meja dan katil. Tiba tiba phone terbunyi ish, ok check phone takut crush idaman hantar text ke kan. (Note: Wajib balas!!) Sambil tengah reply text, tiba tiba either your dad atau your mom decides nak masuk bilik to check on you. "Ohhhhhhhhhhhh, ingatkan baca buku ke buat homework ke. Rupa rupanya main phone!" Kalau ayah, mesti dia tambah "Mesej dengan siapa tu?! Boyfriend eh?!" Seriously, parents Y YUU NOO ENTER MY ROOM AT DA RIGHT TIME?! I'M A GOOD KID YUU KNOWWW! Time tengah break kejap tu lah dia nak masuk bilik. Lol :(

Cuti ini buat apa? Sebenarnya saya banyak sangat rancangan! Unfortunately terpaksa dibatalkan sebab kena menghadiri kelas tambahan selama 5 hari berturut turut. Orang cuti, saya sekolah. Saya cuti, orang sekolah. Hehe, see what I did thurr? Mula mula saya dapat tiket pergi concert Pixie Lott kesayangan tapi terpaksa dibatalkan sebab ada orang cakap kelas start hari Sabtu tapi baru dapat tahu itu kelas lain argh. (muka frust gila)


Salah satu hadiah birthdayku, thanks 'buddy'. x

Jadi, hari Sabtu saya digantikan dengan concert @MegatAD. Ok gurau (Tapi memang saya terpaksa mendengar nyanyian Megat yang sumbang). Konklusinya, konsert Pixie Lott digantikan dengan random meet and greet bersama artis Twitter. Eh nak muntah ah.... Hulur baldi tolong? He he he. Terima kasih Megat sebab belanja Cool Blog pertama saya, saya tercekik gara gara pearls yang sangat degil untuk hancur cis. Dan kerana tolong makan sayur saya. Oh dan kerana puji saya di Twitter walaupun saya yang puji diri sendiri. Ok jangan gelak, boleh diam sekarang.


Siapa lagi comel? Ehem.


Favourite boots!


Dan ini Syikin.

Baik. Tapi itu baru hari pertama cuti, hari kedua ketiga keempat belum lagi lol. Nak pula saya update blog hari hari kan? Nak? Pujuk cepat. Ramalan mengatakan bisnes ternak eyebag saya semakin maju kerana selalu stay up malam malam untuk study. Agaknya satu hari nanti ada juga tersengguk sengguk dalam kelas. Oh no! Ternyata student = student + dying adalah sesuatu yang benar. Rasanya saya semakin ke arah menjadi seorang..... jeng jeng jeng NERD. *brb terjun klcc hidup balik*

Tapi rasanya saya memang bakal menjadi nerd yang original kerana tekanan daripada ibu bapa tersayang yang asyik "SPM nak dekat dah, cuba lah baca buku sikit". Sikit yang dimaksudkan pula itu adalah = "Ayah nak tengok awak baca buku setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari supaya boleh dapat straight A's SPM." But it doesn't really work like that, daddy. But I'll try, I promise I'll do the best I can for you. x


Impossible and a little dumb I know.

Well....... ~


Hey look I have a mustache! kbai. :{p