12:07 PM
Further Study & Kerja & #Buddyz
12:07 PMDah berbulan bulan aku tak update blog. Nampak sangat lah aku busy cewah atau sangat malas untuk menaip post baru. By now mesti orang ingat...
Dah berbulan bulan aku tak update blog. Nampak sangat lah aku busy cewah atau sangat malas untuk menaip post baru. By now mesti orang ingat aku dah masuk belajar, mesti aku dapat masuk UiTM such such colleges or U yang awesome. Cakap pasal rezeki, itu semua pemberian Allah. Walaupun result SPM aku boleh dikatakan cemerlang so-so (hey, dapat plag pelajar cemerlang tau kakaka) tapi malangnya aku tak dapat UPU. Perasaan? Rasa seperti jantung ditusuk tusuk dengan lembing lembing tajam lalu disiat kulitnya JAP! Hati ada kulit ke? Hmm? Tak apa lah, hentam je haha ok dan dibakar seperti bbq dengan sos mustard.
I mean, SIAPA JE TAK FRUST BELAJAR BETUL BETUL SEBAB NAK MASUK U THEN DAPAT RESULT UNEXEPCTEDLY OKAY. LAST LAST TAK DAPAT UPU? Dunia tak adil kah? Haha aku sangat sedih dan kecewa tapi tak apa, Allah dah rancang haluan hidup aku dan I'm sure I'll be doing fine. Cuma pelik lah kawan kawan aku yang result lagi teruk dari aku pun dapat UPU. Tapi tak apa, aku positif! Ilmu ada dekat mana mana. Tak semestinya tak masuk ipta, kau bodoh. So, jangan nak hina atau gelak sangat dekat orang yang tak dapat ipta.
Kalau aku tak dapat ipta, aku pergi mana? Ha, mana mana je lah. Yang penting aku dah nak daftar kolej dan aku akan further study in TESL. Apa itu TESL? Teaching English as Second Language. Aku rasa macam berlagak je nak ambil tesl, English aku bukan lah bagus sangat. Speaking pun pelat plus gagap. Tapi tak apa, boleh belajar. Doakan aku ya!
Mana lah aku pergi lama tak update blog? Banyak soalan yang orang tanya, aku jawab dekat sini je ok?
Lepas ni jangan tanya dah, lepuk kang.
Aku busy kerja (lah konon). Sejak dua menjak ni aku banyak berulang alik dari Kuantan ke tempat tempat rahsia untuk events blah blah. Kerja aku seronok tau! Kawan kawan kerja aku pun memang bestfriends aku so lagi lah seronok. Rasa macam princess je kalau ada dengan diorang. Tambah pulak dengan bos yang sporting dan sekepala, memang kau akan rasa macam taknak berhenti kerja sampai bila bila. Haha
Baju biru tu bos aku. #MB4 ni aku tak tahu maksud dia apa tapi bagi aku, it stands for friendship. Bukan some kind of gang ye, just kitorang as friends yang work together. 4; bolding the number sebab ada 4 orang je and there's always going to be four of us.
Dan aku nak promote minisode #Buddyz kegemaran aku! Aku rasa cerita tu comel sangat tau sebab dia pasal friendship. Asyik layan drama cinta indon yang kejap kejap zoom muka je, layan la #Buddyz pulak! This time #Buddyz musim ke 2, last year ada Erin Malek. This year ada Wawa Zainal yang comel tu! Dan haritu aku dengan Megat pun ada menyibuk satu scene dengan Shaheizy Sam. Kitorang jadi stalkers, lol.



So, jangan lupa tengok! 5 minit je tau. Setiap hari Rabu & Jumaat, 8.55pm di Astro Ria. Ulangan the same days pada pukul 11.30pm. Tengok tau!
& ramai yang minta aku buat tutorial shawl yang macam aku selalu pakai kan? Tak susah pun, simple je. Nanti kalau ada masa, aku record & share okay! Sorry kalau post kali ni bosan ke, aku busy sobs sobs. Nanti aku update lagi kerap! Have a good day!<3 br="">
3>